JUHA

Pada Suatu hari, ketika hujan lebat, sedang Juha asyik termenung di balkoni rumahnya, beliau ternampak kelibat seorang jirannya yang berlari menyelamatkan diri dari kebasahan akibat hujan yang lebat itu...
Lantas Juha memekik memanggil jiran tersebut sambil mengajukan soalan: Kenapa engkau berlari??, lalu jiran tersebut menjawab : Aku berlari disebabkan hujan yang lebat ini akan membasahkan bajuku dan tubuhku. Juha dengan nada yang tenang berkata: Apalah nak jadi dengan manusia Zaman sekarang, mereka cuba melarikan diri dari rahmat Allah...
Jiran tersebut lantas terkesan dengan perkataan beliau lantas malu, lalu dia mula memperlambatkan perjalanannya pulang ke rumah sehingga beliau sampai di rumahnya dalam keadaan basah lenjun...

Selepas beberapa hari, peristiwa tersebut berlaku kepada Juha sendiri, dimana ketika jirannya itu sedang asyik merenung ke luar, beliau ternampak Juha sedang berlari selaju yang mungkin. Jiran yang telah terasa malu dengan teguran beliau beberapa hari lepas lantas berkata: Adakah engkau lupa apa yang telah engkau katakan pada aku ? Adakah engkau juga hendak termasuk dalam kolongan manusia yang lari dari Rahmat Allah.
Juha berhenti sejenak, lantas menjawab dengan rileksnyer: Wahai Jiranku, sama sekali tidak!!! aku hanya cuba melarikan diri agar aku tidak memijak rahmat yang Allah taala turunkan dengan kakiku ini, lalu Juha dapat meneruskan perjalanan ke rumahnya dengan segera, dan jirannya itu senyap kebingungan tanpa mampu mengatakan apa-apa, kerana amat terpegun dengan kebijaksanaan Juha.
0 Responses

 
Photobucket
iluvislam

Photobucket
pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket